Saturday, November 7, 2009

:)

Aku kira cerita ni agak lucu. Hahahahahahaa.
Pagi tadi, aku hantar Yeye and family ke klia. Dia dan family dia berlepas ke Sabah untuk bercuti. Masa adik Yeye, Nadirah nak masukkan luggage dia dalam bonet kete aku, tiba-tiba ada bau busuk dari dalam bonet tu. Busuk gile doh. Lebih busuk dari bangkai. Aku ingat bau ape. Jenuh la aku letak ambi pur. Rupanya dalam bonet terdapat satu plastik yang berisi 10 keping tempe. Dah berkulat2, busuk ya robbi!! Aku tak tahu la tahun bila punya tempe. Mesti mak lupa nak keluarkan. Mak... mak.. Ayah Yeye amek pewangi, spray banyak gile. Haha. Kalau arwah Ayah ada ni, dah mengamok dah dia. Ayah paling pantang kereta busuk.

Sampai airport je, kiteorang terus breakfast. Tiba-tiba ibu Yeye bukak cerita. Bermulah kisah hitam Yeye....

"Dulu Yeye ni masa kecik-kecik suka pakai baju Kiko. Baju Kiko tu baju favourite die. Pegi shopping nak baju Kiko, pegi mana-mana pun nak pakai baju Kiko. Die langsung tak nak pakai baju lain. Abang dia selalu ejek die sebab pakai baju Kiko. Hah, dah kena ejek langsung menangis. Baju tu die pakai sampai form 1."

Breakfast kami tergendala selama 10 minit sebab masing-masing gelak terbahak-bahak. Habis merah padam muka si budak Kiko tu. Oooooooooooooooooooo... suka pakai baju Kiko eh???????
Jap. HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHA....

Ok, dah habis gelak dah. Tapi bila ingat balik cara ibu Yeye ceritakan tu, betul-betul lucu. Hehehhe.. ape la awak ni.
Kirimkan salam saya pada keindahan Pulau Manukan, panorama Kota Kinabalu dan kenyamanan Kundasang.
Balik la cepat. Rindu.

Saturday, October 31, 2009

Ich bin weg

Just to apprise here,
that i already have my very own 'veracious part of me';
which is eminently frank and more ingenuous.

Aku minggat sebentar ya.
Lassen Sie mich für einen Moment entspannen.

Monday, October 19, 2009

2 Zulkaedah

Jika rakan-rakan aku tanya bagaimana keadaan aku, aku katakan "i'm okay..". Tapi jauh di lubuk hati aku, aku masih lagi sugul. Pemergian Ayah membuatkan aku seperti hilang separuh nyawa. Terkadang tu, aku tiba-tiba sebak. Tengah jaga kaunter pun boleh berlinang air mata. Sebab aku terlalu rindu.. Asyik teringat segalanya tentang arwah. Rutin aku selalunya hantar arwah ke hospital untuk hemodialisis naik wheel chair, buatkan dia teh o, belikan dia roti canai, urut kaki dia, picit kepala dia, dengar dan layankan lawak zaman muda-muda dia. Bila dah get used buat benda2 ni, rasa something bila tak buat. Dan baru teringat, yang Ayah dah tak ada. Tak ada buat selama-lamanya. Tiada lagi juara memasak, tiada lagi juara buat lawak, tiada lagi juara karaoke dan yang paling janggal, tiada lagi suara Ayah memanggil nama 'angah'. Kadang-kadang, terngiang-ngiang di telinga..

Aku rasa trauma bila teringat balik saat-saat arwah meninggal. Aku tengok depan mata aku sendiri orang yang aku paling sayang dicabut nyawanya. Seakan terhenti denyut jantung. Kaki dah tak berdaya lagi untuk berdiri. Seakan lumpuh satu badan. Ini aku, apatah lagi Mak aku.. Tuhan saja yang tahu. Dari mata Mak, aku tahu yang dia masih lagi tak stabil emosinya. Tapi dia tetap kuat jugak. Pergi pasar, uruskan kedai, 15 jam sehari. Sesungguhnya Mak memang kuat.

Sekarang, Pasar Mini Ilsya hanya ada 5 orang; Mak, Kakak, aku, Syahira dan Baby. Semua perempuan. Tuhan selalu duga keluarga aku. Aku tahu aku harus jadi lebih kuat, lebih kebal dan lebih kental dari sebelumnya. Sungguh hebat ujian Tuhan kali ni.. Tapi Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu apa yang terbaik terhadap setiap hambaNya. Mungkin ini yang terbaik untuk kami.

Duit-duit hasil sedekah daripada saudara-mara, kawan2 arwah, customer2 kedai, jiran2, SK Bdr Seri Putra dan kawan2 aku, Mak kumpul semuanya dan decided untuk biayai upah Haji Badal untuk arwah Ayah. Alhamdulillah.. besar ganjaran pahala mereka ni. Moga Tuhan balas semuanya.

Malam jumaat ni Mak nak buat baca yassin di rumah untuk saudara2 dekat. Aku bersyukur sangat ada saudara-mara yang tak putus2 datang membantu dan ziarah kiteorang. Takde lah rasa sunyi sangat. Pejam celik dah hampir sebulan kiteorang hidup tanpa Ayah. Jiwa sangat terkesan kerana pemergiannya tapi aku redha. Sebab aku tahu ada tempat untuknya disana.
InsyaAllah..

Tuesday, October 6, 2009

Ayah

Hari ini genap 8 hari Ayah meninggalkan kami semua. Ayah telah kembali ke rahmatullah dengan menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di hadapan aku, mak dan mak lang. Derita Arwah selama 10 tahun telah Tuhan habiskan. Tuhan dah tetapkan, setakat itu saja deritanya.

Malam itu, tiada tanda-tanda yang Arwah mahu pergi. Aku sempat buatkan Ayah teh o. Katanya pening kepala. 15 minit lepas tu, aku pergi jenguk dia ke belakang, dadanya dah berombak; sepertinya malaikat maut sedang perlahan-lahan mencabut roh dari jasad Ayah. Aku jadi tak keruan, tangan aku menggigil, muka aku pucat. Aku urut dada Ayah, ajar dia mengucap. Aku cium pipi Ayah, genggam tangan dia dan aku jadi separuh sedar. Macam mimpi. Aku lihat Ayah mengucapkan syahadatnya buat kali terakhir dalam sekali nafas. Aku tak lepas genggaman tangan dan aku kucup dahinya berkali-kali. Orang sekeliling yang menenangkan aku seolah-olah bayang-bayang. Entah dari mana datangnya. Aku terasa macam diawang-awangan.
Saat itu, paling aku tak boleh lupa. Takkan boleh lupa seumur hidup aku.

8 hari dah berlalu rasa macam baru semalam. Masih teringat muka tenang Ayah sebelum dikapankan. Seolah-seolah tersenyum. Bersih mukanya.. Tak tertahan air mata bila talkin dibaca.. Ada ketika, tak sangka Ayah dah pergi buat selama-lamanya. Tapi aku tahu Tuhan sayangkannya.

Aku harap Ayah tenang di sana.. Tuhan lapangkan kubur Ayah dan tempatkan Ayah dikalangan orang-orang beriman. Angah redha dan Angah sentiasa doakan Ayah.. Harap-harap semua sedekah dan doa Angah sampai terus pada Ayah. Sesungguhnya memang benar penyakit itu penghapus dosa. Tuhan dah hapus segala dosa Ayah dan Ayah dah terlepas dari seksaan kubur. Dan harap-harap Allah ringankan perjalanan Ayah selepas di alam barzakh ini. InsyaAllah..

Tak sempat Ayah nak tengok Angah habis belajar.. tak sempat Ayah nak tengok Angah kahwin.. Angah rindu Ayah... Angah sayang Ayah.. Angah takkan sedikit pun lupakan Ayah disana. Semoga tuhan cucuri rahmat keatas Ayahanda tercinta, Allayarham Mohammad Khalil bin Hj Idris.
Al fatihah...

Friday, September 25, 2009

Syawal 1430 Hijrah




















There just one free morpheme to describe; iaitu seronok! Bersyukur sangat sebab dapat sambut Aidilfitri after a month berpuasa. Gembiranya balik kampung. Kampung Gajah was super duper superb! Everything and every moment was meaningful.

Dah masuk raya ke-5 ni, kebaya aku dah ketat dan sendat. Apakah maknanya itu? Ya! Aku makan banyakkk!!!!!! Hahahahahaahahah. Makanan2 di hari raya adalah keajaiban dunia yang ke-11. Lepas cuti ni, banyak assignments and presentations. Jadi, kemungkinan kebaya itu muat kembali. Kawan-kawan, jemputlah datang beraya ke rumah ye. :)

Tuesday, September 15, 2009

From am to pm!












Let the pictures narrate everything! Raya's coming again! And these were fucking blithesome! :DD

Saturday, September 12, 2009

p#$$%gfsf^!!!!!!

Semalam tailor hantar baju raya. Baju raya tahun ni ialah kebaya. Tapi, nampaknya aku malang lagi. Tailor tu tak ikut ukuran badan aku. Lalu, ia kelihatan besar dan menggelebeh. Tau tak apa yang aku rasa? Kecewa yang sangat2 kecewa. Sampai tak lena tidur siot. Kalau nak repair balik takut tak sempat sebab ahad depan dah raya. Arghhhhhhhhhh!!! Kenapa setiap tahun jadi mcm ni? Kenapa akuuu????!!

Ok, bertenang.

Ha! Agenda aku petang ni sepatutnya menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa di Rumah Anak-anak Yatim Titian Kaseh, di Titiwangsa. Dan tugas aku sebagai penyambut tetamu.hehe. Tapi, tiba-tiba ayah masuk wad pulok. Blood pressure terlalu rendah. So, secara automatiknya, terbatal lah semua agenda. Semalam aku jaga ayah sampai tengah malam. Masa berbuka puasa kat hospital semalam, ayah mkn lagi banyak dari aku. Berselera sungguh. Then, nurse check blood pressure dah kembali normal. Harap-harap ayah sehat la. Katanya, raya tahun ni nak pakai smart-smart mcm muda-muda dulu. Baiklah! Janji kena keluar wad dulu!


Before raya ni, klas bukan main pack. Benci nya aku.
Heh tak sabarnya nak raya! (kes baju tolak tepi) Sebab, cuti raya ialah cuti tahunan untuk keluarga aku. So, setiap moment itu adalah untuk aku treasure sepenuhnya.

Ok. babai!

Friday, August 21, 2009

Eve of Ramadhan

Aku ditakdirkan menjadi seorang Ilya Syafeena bt Mohd Khalil yang begitu sibuk dengan hal duniawi. Dah lama aku tak update blog kan? Hmm..sibuk.

Aku baru sampai kedai. Tadi mak telefon aku suruh balik sebab esok dah bermula Ramadhan. This is hari pertama Ramadhan aku dapat bersama family since masuk universiti. Tak sabar nak raya.

Kepada kawan-kawan, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa! Rajin-rajinlah pergi terawih ya! Jangan ponteng puasa!!

Sunday, August 2, 2009

Search di Awan Biru.

Sejak kali pertama aku tengok iklan Konsert Penghargaan Search di Awan Biru di kaca televisyen yang bertemakan lagu berhantu Fantasia Bulan Madu, aku sangat teruja dan decided untuk pergi tanpa sempat memikirkan soal masa depan. So, aku kirim tiket pada Ijen. Rakan-rakan semasa camping di Hutan Berkelah pun ada. Otai-otai rock pelbagai gaya dan usia datang dengan style rockers masing-masing. Aku terasa seperti rockstar kapak pada malam itu! Apa yang tak best ialah sound system dia agak kureng dan banyak lagu-lagu favourite aku tak dinyanyikan. Apa yang seronok ialah, i really had a blast that night! It was very enjoyable!






















Sunday, July 26, 2009

Satu-satunya yang konstant.







Karok till we dropped!